Malaysia Web Hosting
 
Showing posts with label telemovies. Show all posts
Showing posts with label telemovies. Show all posts
Tuesday, 3 January 2012

Telemovie Ku Hijrahkan Doa MediaFire Link

0 comments
Ku Hijrahkan Doa mengisahkan dua beradik yatim piatu, Saiful (Zamarul Hisham) dan Kamarul (Bell Ngasri) yang membesar di rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka. Kedua-duanya dididik dengan baik oleh arwah orang tua mereka yang soleh dengan diberi ilmu agama dan diingatkan supaya rajin berusaha, berdoa serta bergantung harap kepada Allah s.w.t.

Setiap hari mereka berulang alik ke rumah seorang guru agama iaitu Tuan Haji Muiz yang juga pemegang amanah menjaga hal ehwal kewangan untuk perbelanjaan mereka berdua daripada sedikit hasil kebun yang diusahakan. Saiful cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Manakala Kamarul agak sederhana dan memilih untuk menetap di kampung mengusahakan tanah peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Saiful pulang ke Malaysia dengan kejayaan cemerlang dan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusannya. Namun, dia kesal apabila melihat keadaan adiknya masih lagi di takuk lama.

Download Link:
PART01
PART02
PART03
Read more...

Cerekarama Jatuh Cinta MediaFire Link

0 comments
 
Badrul (Fahrin Ahmad) yang sudah lama menduda, jatuh cinta dengan remaja yang jauh lebih muda daripadanya. Akhirnya Badrul berkahwin dengan seorang gadis remaja tu yang asal dari kampung, bernama Manisah. Badrul ada seorang anak gadis yang manja bernama Tasha (lakonan Eyka Farhana). Tasha tidak setuju apabila bapanya berkahwin lain, dia terlalu sayangkan bapanya dan cemburu. Kehadiran Manisah dipandang negatif oleh Tasha kerana usia Manisah sama dengan Tasha. Lama-kelamaan hidup mereka kembali ceria apabila sudah lama hidup bersama sebagai satu keluarga.

Download Link:
Read more...
Monday, 2 January 2012

Telemovie Cinta Si Kasar Lembut TV9 MediaFire Link

0 comments
Drama komedi cinta yang berkisarkan tentang hati dan perasaan dua insan yang berbeza penampilannya.Dahlia ialah seorang perempuan yang berperwatakan lelaki.Dahlia suka berpakaian t-shirt dan jeans dan dia merupakan jurulatih Tae-Kwan-Do. Di Zaman sekolah,Dahlia selalu dibuli oleh seniornya, Kamil. Setelah dewasa, Kamil menjadi seorang yang tampan tetapi dia tidak mengenali Dahlia kerana teman teman memanggilnya Tom kerana dia seperti seorang tomboy.

Tak dapat dinafikan bahawa Dahlia mempunyai hati terhadap Kamil. Pada suatu petang, Dahlia menolong seorang mangsa ragut dengan mendapatkan kembalik dompet mangsa tersebut. Mangsa itu merupakan seorang lelaki yang berperwatakan sedikit lembut yang bernama Amri.Amri telah dibesarkan dengan belas kasih seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penjahit baju.Walaupun lembut,Amri adalah seorang lelaki yang baik, sopan santun dan beradap.Dia berperwatakan begitu kerana menganggap ia dapat menarik perhatian pelanggan butiknya. Amri membantu Dahlia untuk berubah untuk memikat Kamil namun pada akhirnya, Amri telah jatuh cinta pada Dahlia.

Download Link:
PART01
PART02
PART03
PART04
Read more...
Monday, 26 December 2011

Telefilem Anak Astro Prima MediaFire Link

0 comments
Cerita tentang kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh Amir dan Intan dalam perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat. Kehidupan mereka pada mulanya dilimpahi dengan kemewahan namun tanpa zuriat hidup mereka bagaikan tidak bermakna. Keluarga mereka yang lain juga turut mendesak agak berusaha dengan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan ini mendapat anak. Apabila Intan mengandung, pelbagai masalah pula yang melanda dan mencabar kesabaran pasangan tersebut. Sama-sama saksikan telefilem lakonan Faizal Hussein, Dato Rahim Razali dan Lisdawati.

Download Link:
PART01 | PART02 | PART03
Read more...
Friday, 23 December 2011

Telefilem Biar Mimpi Sampai Bintang Mediafire Link

11 comments
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.

Download Link:
PART01 | PART02 | PART03
Read more...

Labels

 
Media Capture Tonton Online © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

Media Online | Specialize MediaFire Download Link