Malaysia Web Hosting
 
Saturday 3 December 2011

Ustazah Pilihan Episod Akhir

0 comments

Ustazah Pilihan ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Oasis yang memaparkan pencarian Muslimah – Muslimah yang boleh dibentuk untuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan dari seorang pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan bagaimana pentingnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan lebih dari itu, Muslimah dilihat sebagai pendidik, pembentuk, pemimpin generasi akan datang,serta perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah terpilih menerusi beberapa siri ujibakat di beberapa negeri, akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dari aspek keugamaan yang juga merangkumi hal ehwal yang lain seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan lain-lain.Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu yang berlandaskan format Piramid Tangga Kehidupan. Tugasan-tugasan ini dipilih berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekata, isu – isu ini adalah 'benar' (real) dan relevan dengan realiti wanita di zaman moden.

Download Link:
PART01 | PART02 | PART03

Leave a Reply

Labels

 
Media Capture Tonton Online © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

Media Online | Specialize MediaFire Download Link